Showing posts with label Tentang road trip kami.. Show all posts
Showing posts with label Tentang road trip kami.. Show all posts

Saturday, 15 December 2018

Panduan Menyewa Kereta Di Hokkaido- part 1


Sekiranya anda memilih untuk memandu di Hokkaido. Perkara paling penting adalah pastikan yang menjadi pemandu anda adalah seorang yang berpengalaman dan sabar. Ini kerana, memandu di atas permukaan ais adalah 10 kali ganda lagi licin berbanding memandu di atas jalan yang basah 😬.


Antara panduan penting yang kami boleh kongsi ialah:

1. Sila beli lesen memandu international dulu ye kat JPN. Bayaran adalah RM150 seorang. Cadangan lagi untuk driver tu kalau boleh nak kene ada dua orang supaya boleh shift kalau salah seorang tetibe jatuh sakit ke penat ke. Setiap destinasi jaraknya boleh tahan la jauh. Tambahan pula, memandu atas salji menyebabkan masa perjalanan menjadi dua kali ganda dari tempoh masa sepatutnya. No kidding here! yang patut sampai 2 jam jadi 4 jam sebab kene bawak slow!

2. Macam kat Australia jugak, memandu di sini, perlu mematuhi had kelajuan yang ditetapkan, sebab time salji, jalan agak licin dan merbahaya. Contohnya, hanya boleh bawak 50 km sejam je (soalan bocor ujian kereta). Yes, kene amik ujian menjawab soalan ketika nak sewa kereta kat sana. Jawab soalan taw pakai tablet yang diorang dah sediakan)

3. Perlu ade bajet khas untuk duit minyak siap-siap. Harga petrol kat sana boleh tahan mahal tapi sangat jimat minyak. Contohnya RM3/seliter. 😱. Tapi jangan risau sebab kereta kat sana banyak yang jenis hybrid dan jimat petrol.


Kereta sewa kami Toyota Hybrid jenis sedan.

HOKKAIDO ROADTRIP 2018




Alamat Airbnb: 13 chrom-2-10 Kita johigashi (Sinichi & Ran place)
Backpackers: 3 orang
Bujet: RM5000 (termasuk tiket flight, sewa kereta dan penginapan)
Tempoh percutian: 9 hari, 8 macam
Musim: sejuk (January 2018)


In the middle of nowhere

Pengalaman memandu di Hokkaido



Kami rase jika anda ingin bercuti ke Hokkaido ianya lagi syok drive sendiri. Jika anda ingin merasai pengalaman WINTER TERBAIK, kami syorkan anda meneroka musim sejuk di Hokkaido! Kerana musim sejuk di sana tersangatlah best sampai nak muntah salji. Padan sangat jika Hokkaido digelar ‘WINTER WONDERLAND’ Sangat powdery berbeza dengan musin sejuk kashmir yang ala-ala National Georgaphic dan aussie yang bergunungWinter di Hokkaido bermula bulan Disember hingga Mac, dan kami terbang ke sana  pada bulan Januari 2018. Jika ada kesempatan Anda boleh join festival musim sejuk di situ iaitu Sapporo Snow Festival yang biasanya diadakan pada bulan Februari. Kene cek jadual acara tahunan deorang la. Boleh cek di laman web rasmi diorang disini https://www.japan-guide.com/e/e5311.html.


Kami tidak sempat pergi ke festival pada tahun ini kerana festival bermula selepas tarikh kami pulang semua ke Malaysia, terlepas, kerana tidak cek calendar aktiviti. Terasa agak rugi sebab ada Igloo village dengan gloo yang menarik dibina khas di permukaan tasik beku Shikaribetsu. 

 Matahari di Hokkaido terbit pada pukul 6 pagi dan tenggelam pukul 4 petang pada musim sejuk, menyebabkan masa siang menjadi sangat pendek (sedih na nak jalan lama-lama agak terhad). Jadi , adalah sangat perlu merancang destinasi anda supaya masa siang dapat diguna sepenuhnya. Currency Jepun adalah didalam mata wang Yen. Kadar tukaran lebih kurang 100 yen bersamaan dengan rm3.60, jadi secara kasarnya kalau 1000 yen lebih kurang rm40. Digalakkan tukar mata wang anda siap-siap di pengurup wang di Malaysia. Sekarang anda boleh guna khidmat bigpay yang membolehkan anda guna kad kredit yang terus dapat convert ringgit ke yen terus!. Mudah kan?. 


Antara sebab utama wajib buat roadtrip di Hokkaido ialah:

1. Panorama yang istimewa yang boleh dinikmati hanya dengan menaiki kereta sahaja iaitu, boleh berhenti di mana-mana tempat yang kamu suka dan decide selama mana nak lepak kat situ. Flexible timelah.
2. Dalam kereta boleh tangguh-tangguh nak jalan ke, nak rehat lama-lama ke. Tidak seperti naik train yang kene kejar masa.
3. Kereta pulak selesa sebab ada pemanas. Silap-silap tidur lam kereta pastu boleh layan diri sikit sebab banyak privasi kan, tak macam dalam train yang agak public. Terpaksa bersesak-sesak.
4. Nak tempah kereta ikut bujet pon senang (buat online je) dan harga agak berpatutan. Kene tempah awal supaya harga lebih murah.
5. Dapat pengalaman drive dalam suasana salji. Agak mencabar bila ada rebut salji tetapi inilah part best die. 

Sebelum kami merancang trip, wajibla menempah tiket dulu ye sebaik-sebaiknya 6 bulan sebelum bertolak untuk dapatkan tiket murah. Ofkos la flight Airasia menjadi pilihan bila tiba promosi. Selagi tiket tidak dibeli segala mak nenek pelan tidak dapat dikedepan. Disebabkan ini kali pertama nak drive kat jalan bersalji kami terpaksa betul2 membaca panduan ketika memandu disana. Boleh search driving handbook kat google. 

Saturday, 10 February 2018

Road trip to Hokkaido winter 2018- mukaddimah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Jurnal ‘Winter Wonderland’ Hokkaido, Jepun 🇯🇵 2018.

ROAD TRIP HOKKAIDO, JAPAN 2018


‘Deja-vu’ :)

      Tulah perkataan yang sesuai aku boleh 'describe' tentang trip aku dan kembar aku kali ni. Bukan ape, dah lama dah kami bermimpi aneh tentang bermain-main salji sampai rase nak termuntah-muntah..tak sangka pulak rupanya-rupanya mimpi tersebut telah menjadi kenyataan semasa bercuti di Hokkaido. Untuk pengetahuan korang semua, ini bukan pengalaman ‘snow’ pertama aku. Kali pertama berjumpa salji mase aku belajar 'medik' dulu kat India. Mase tu aku pergi 'trip' dengan member-member aku ke Kashmir, pada tahun 2010. 'First' time tengok salji memang terasa 'darat'. Maklumlah negara sendiri hanya ada dua musim,iaitu musim panas dan musim tengkujuh.

       Aku juga pernah merasa salji dekat negara lain sebelum di Jepun, seperti di Melbourne di Australia dan di Seoul, Korea Selatan. Tetapi jujur bagi pandangan aku, salji di Hokkaido ni agak istimewa sedikit. Dia punyer kualiti salji adalah sangat bagus. Emping saljinya sedikit 'powdery' berbanding salji-salji di kawasan lain menyebabkan keadaan pemandangan semasa winter di sana kelihatan sangat cantik! betul-betul Kawaii! Tetapi malangnya aku tak pandai nak ambik gambar cantik-cantik semasa di sana.

      Bagi yang ingin merasakan pengalaman yang 'snowy' aku memang 'highly recommend' kat korang untuk bercuti di Hokkaido, Jepun. Percutian kami kali tambah menarik kerana selalunya semasa bercuti ke luar negara, kami memilih untuk 'backpacking' tetapi di Hokkaido, kami memilih 'road trip', iaitu menyewa kereta dan memandu sendiri ke arah destinasi yang dikehendaki. Banyak 'pros' dan 'cons' sebenarnya apabila memilih untuk memandu di Hokkaido apatah lagi pada musim sejuk yang sememangnya lebih mencabar! Pengembaraan kami kali ini, hanyalah melibatkan aku, kembar aku dan suaminya yang bertindak sebagai pemandu rasmi kami..jjang!



                               Gambar 1.0 gambar diambil dari tingkap kereta kami. Sejuk woii......


      Aku dan kembar memang suke 'winter trip' hatta dimana-mana negara yang mempunyai empat musim, walhal 'winter trip' ni bukan best sangat kata orang, dahla kene tahan sejuk, waktu siang pula agak pendek dan kene bawak baju sejuk bagai pulak. In my opinion, aku suke winter sebab season tu tak terdapat di negara Malaysia. Satu lagi sebab, kami ni suka tengok bende bende yang agak bosan contohnya pokok-pokok kering dengan latar belakang putih. Perasan melihat dan merasa salji tu sendiri adalah menyeronokkan bagi kite orang...hahaha. 'Everyone has their own opinion I guess'. Maka Alhamdulillah, kami telah memilih Hokkaido sebagai lokasi 'winter trip' untuk 2018. Percutian tersebut memakan masa selama 9 Hari dan 8 malam. Bajet kasar kami adalah sekitar rm6000 untuk tiga orang.



                              Gambar 2.0 sambil melayan 'scenery' di Lake Toyaku, Hokkaido.


      Panjang pulak muqaddimah blog ni. InsyaaAllah, aku akan kongsikan sedikit tips and itinerary perjalanan kami sebagai rujukan aku juga dan korang untuk masa hadapan.


      Butiran sepanjang perjalanan ini aku telah pecahkan kepada tajuk-tajuk kecil seperti di bawah supaya senang nak hadam nanti. Maafkan aku sekiranya ade terlebih atau terkurang. Terima kasih kerana meluangkan masa membaca.


1. Panduan Menyewa kereta di Hokkaido
2. Itinerary Percutian 9H8M
3. Tips berguna ketika bercuti di Hokkaido
4. Tempat-Tempat Menarik di Hokkaido