PANDUAN PENTING 🎺🎺🎺
-Check in flight pergi dan balik siap2 (beli makanan dan book beg siap2 jika guna Airasia)
P/s: nak cari makanan halal kat sini tak berapa banyak dan mahal sikitla.
-Book Airbnb yang ada sediakan POKET WIFI. SANGAT MUSTAHAK sebab lebih jimat berbanding guna sim card. Kalo nak beli pon boleh. Poket wifi ni boleh dibawa ke mana-mana, of kos nak guna search mapcode utk GPS (walaupun dalam kereta da ade GPS mapcode, tapi masih juga kene search mapcode tu via google). Senang nak waze or GoogleMap kalo taknak pakai mapcode.
-Cek waktu solat siap-siap untuk rancang itinerari yang lancar (kesilapan kami terdahulu, bila tidak tahu waktu solat menyebabkan waktu siang, petang, malam terbazir dengan perkara yang sia-sia. Sungguh MENYESAL.
-Sediakan cash luar negara (contoh duit yen) yang cukup untuk tambang pergi balik ke airport. Boleh jadi tak cukup duit ( sangat bahaya) atau masalah mase nak naik flight (cth: terlebih muatan bagasi).
-Aktifkan penggunaan kad kredit luar negara (untuk kegunaan kecemasan jika cash tetibe dah habis). Sangat berguna!
-Bawak ubat-ubatan yang cukup (Panadol, minyak angin, pil gastrik, bla bla.) berguna kalau demam, atas sakit gastrik, sakit kepala dan sebagainya. Kenapa? sebab jadi masalah bila nak beli ubat kat sana...nak baca bahasa jepun pon fail. 😵
-Extension dan universal plug sangat diperlukan. Plug kat sini bentuk 2 lubang je. Memang lain terus. Kang stres takleh charge telefon bimbit/bateri kamera.
-Jangan sesekali melebihi had beg kalau naik Airasia ni, so bawak penimbang beg mudah alih tu. (kami hanya bawa hand luggage je sebab bajet guna kargo luggage nanti balik je. Make sure check in siap-siap mase nak balik.
-Guna laptop sebagai powerbank jika takde powerbank.
-Of kos buat checklist dan print semua document perjalanan termasuk dokumen penting untuk booking kereta, mapcodes ke, senarai kedai halal ke dan tempat penginapan anda.
Jika ada masa terluang study map Hokkaido betul-betul supaya boleh rancang perjalanan dengan lancar dan elakkan membazir masa.
-Botol lipat elok juga bawa jika anda tidak selesa guna air pancuran toilet diorang tu. Kebanyakkan toilet ada pancuran air jadi jangan risau.
-Penggunaan kasut juga penting. Elak pakai kasut high heels sebab x sesuai nk lasak-lasak pada musim sejuk. Lagi bagus yang kasut sport dan kalis air.
-Suhu yang sangat sejuk dan kemungkinan dapat snowfall dan snowstorm sangat tinggi, oleh itu pastikan anda membawa pakaian winter gear yang lengkap supaya tidak merana dan cepat letih kerana cuaca yang ekstrim.
-sekiranya anda boleh berbahasa jepun, ia memudahkan komunikasi dengan penduduk setempat sekiranya perlu. Sangat sukar menjumpai orang jepun yang boleh berbahasa English di sana.
No comments:
Post a Comment