KHIDIR Si Comel
Khidir.
Namanya seunik nama seorang Nabi Allah. Memang namanya diambil sempena Nabi Khidir A.S.
Dilahirkan pada tanggal awal Muharram tahun ini. Kehadirannya sememangnya ditunggu-tunggu oleh keluarga.
Lahir secara normal dan cukup sifat Alhamdulillah. Khidir terpaksa admit selama sehari di nursery hospital kerana lambat menangis. Tetapi discharge awal kerana tidak menunjukkan apa-apa tanda yang dibimbangkan seperti hypoxic ischemic encephalopathy dan doktor beranggapan Khidir lambat menangis hanya kerana lama sangat 3rd stage dia, hampir sejam. Biasalah kalau melahirkan anak sulung ni. πΆπ» Walaubagaimanapun, Khidir tidak menunjukkan menghadapi sebarang masalah ketika di wad.
Pada hari kami membawa Khidir pulang, hari hujan dan sudah tiba masuk waktu maghrib. Untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku, kami membuat keputusan untuk melengahkan masa tiba ke rumah. Seboleh-bolehnya mengelakkan waktu tiba di rumah pada waktu maghrib. Alhamdulillah tempat pertama yang kami singgah dalam perjalanan balik adalah sebuah masjid kecil berhampiran rumah. Khidir kelihatan sungguh comel disebalik cahaya suram dalam kereta. Seusai menunggu abahnya selesai solat, kami meneruskan perjalanan balik ke rumah.
Kelihatan mama tok menunggu dihadapan pintu, sudah tidak sabar-sabar untuk memegang dan memangku cucunya itu. Hari itu sememangnya hari yang tidak dapat kami lupakan.

No comments:
Post a Comment