Berikutnya, kami telah menyediakan sedikit sebanyak maklumat semasa memandu di Hokkaido.
1. KERETA SEWA ππ
Tempat sewa Kereta - World net rent a Car (New Chitose Airport)
Inilah syarikat sewa kereta yang kami book. Boleh tahan pening nak isi borang online die. Syarikat ni dapat kat TOCOO website. Ini linknya https://www2.tocoo.jp/en/. Banyak la jugak kami survey blog orang tentang cara-cara nak menyewa kereta murah dan kami rasa TOCOO ni sangat okey. Booking boleh bayar guna kredit kad dan kene bayar deposit lebih kurang 15,000 yen (lebih kurang rm534). Kami pilih kereta yang termasuk sekali dengan insurance (wajib amik sebab malang tidak berbau) π€π»dalam 19,120 yen ( rm709) ETC kad pula dalam 15,000 yen untuk HEP (highway express toll ) fixed price 6200 yen (ikot hari taw). Booking pakai TOCOO ataupun on the spot pon boleh.
Lepas itu, tambah pulak cas tax 8% total habis 40,320 yen (rm1435.6). Kad ETC itu memang kene sewa jika hendak guna HEP. HEP sangat jimat jika ingin buat roadtrip kerana tol kat sini sangat mahal. Macam sewa kete kat aussie, dapat kereta full tank, jadi masa return kene la bagi full tank jugak. Hehehe. Untuk bujet minyak, habis hampir rm500 untuk jangka masa 4 hari. Sekali isi, full tank. Amik ko. Tapi best sebab kat sini tak de stesen petrol layan diri. Semua pekerja stesen minyak yang tolong isikan. Hehe.
![]() |
| Homepage TOCOO |
2. MAPCODE πΊ
Mapcode ialah kod destinasi sesuatu tempat. Macam no. poskod daerah gitu. Mana-mana pamplet kedai akan sertakan mapcode skali, jadi hanya masukkan kod ini ke dalam system GPS anda. Tetapi kami cadangkan anda supaya search online siap-siap mapcode untuk setiap destinasi yang dituju, sebab syarikat kereta sewa die tidak sediakan list kod destinasi. Adelah sedikit kod yang ada kat pamplet, itupun tempat-tempat yang popular sahaja. Dulu macam pening jugak nak guna benda alah ni. Tetapi jangan risau, sistem GPS ni da ada install dalam kereta, jurusewa akan bagitahu cara untuk gunakannya. Anda hanya kene taip mapcode untuk dapatkan jarak perjalanan dan navigasi. Mula- mula, rasa teruja nak guna diorang punya sistem peranti GPS sebab poket wifi masih belum ada, TAPI lepas dapat poket WiFi, kami terus pakai google maps je. LOL π. Sebabnya mapcode ni is kadangkala tak berapa nak tepat jugaklah, sekadar general kod sahaja.
![]() |
| Add caption |
3. SISTEM PARKING
Anda mungkin tidak biasa dengan sistem parking di Hokkaido kerana sistem di sini adalah sangat mudah dan sistematik. Mula-mula sampai, kami rambang mata nak memilih tempat parking kerana boleh kata agak banyak dan juga berdekatan dari Airbnb kami. Tetapi anda kene ada duit syiling la (boleh tukar duit kertas kepada syilling di mesin penukaran syiling yang disediakan di pusat dobi). Anda kena parking dahulu kereta lepastu masukkan syilling di tempat mesin parking yang sedia ada. First time kami gagal book guna mesin parking ni kerana manual mesin parking hanya dalam Bahasa jepun. Cube juga tanya pejalan kaki tetapi kekangan Bahasa sangat menyusahkan kami. Akhirnya Berjaya juga guna selepas berusaha mencari parking yang ada manual dalam Bahasa inggeris. Selepas itu semua parking adalah senang!hanya sejam mencecah 100 yen



No comments:
Post a Comment