Sekiranya anda memilih untuk memandu di Hokkaido. Perkara paling penting adalah pastikan yang menjadi pemandu anda adalah seorang yang berpengalaman dan sabar. Ini kerana, memandu di atas permukaan ais adalah 10 kali ganda lagi licin berbanding memandu di atas jalan yang basah 😬.
Antara panduan penting yang kami boleh kongsi ialah:
1. Sila beli lesen memandu international dulu ye kat JPN. Bayaran adalah RM150 seorang. Cadangan lagi untuk driver tu kalau boleh nak kene ada dua orang supaya boleh shift kalau salah seorang tetibe jatuh sakit ke penat ke. Setiap destinasi jaraknya boleh tahan la jauh. Tambahan pula, memandu atas salji menyebabkan masa perjalanan menjadi dua kali ganda dari tempoh masa sepatutnya. No kidding here! yang patut sampai 2 jam jadi 4 jam sebab kene bawak slow!
2. Macam kat Australia jugak, memandu di sini, perlu mematuhi had kelajuan yang ditetapkan, sebab time salji, jalan agak licin dan merbahaya. Contohnya, hanya boleh bawak 50 km sejam je (soalan bocor ujian kereta). Yes, kene amik ujian menjawab soalan ketika nak sewa kereta kat sana. Jawab soalan taw pakai tablet yang diorang dah sediakan)
3. Perlu ade bajet khas untuk duit minyak siap-siap. Harga petrol kat sana boleh tahan mahal tapi sangat jimat minyak. Contohnya RM3/seliter. 😱. Tapi jangan risau sebab kereta kat sana banyak yang jenis hybrid dan jimat petrol.
![]() |
| Kereta sewa kami Toyota Hybrid jenis sedan. |

No comments:
Post a Comment