Saturday, 10 February 2018

Road trip to Hokkaido winter 2018- mukaddimah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Jurnal ‘Winter Wonderland’ Hokkaido, Jepun 🇯🇵 2018.

ROAD TRIP HOKKAIDO, JAPAN 2018


‘Deja-vu’ :)

      Tulah perkataan yang sesuai aku boleh 'describe' tentang trip aku dan kembar aku kali ni. Bukan ape, dah lama dah kami bermimpi aneh tentang bermain-main salji sampai rase nak termuntah-muntah..tak sangka pulak rupanya-rupanya mimpi tersebut telah menjadi kenyataan semasa bercuti di Hokkaido. Untuk pengetahuan korang semua, ini bukan pengalaman ‘snow’ pertama aku. Kali pertama berjumpa salji mase aku belajar 'medik' dulu kat India. Mase tu aku pergi 'trip' dengan member-member aku ke Kashmir, pada tahun 2010. 'First' time tengok salji memang terasa 'darat'. Maklumlah negara sendiri hanya ada dua musim,iaitu musim panas dan musim tengkujuh.

       Aku juga pernah merasa salji dekat negara lain sebelum di Jepun, seperti di Melbourne di Australia dan di Seoul, Korea Selatan. Tetapi jujur bagi pandangan aku, salji di Hokkaido ni agak istimewa sedikit. Dia punyer kualiti salji adalah sangat bagus. Emping saljinya sedikit 'powdery' berbanding salji-salji di kawasan lain menyebabkan keadaan pemandangan semasa winter di sana kelihatan sangat cantik! betul-betul Kawaii! Tetapi malangnya aku tak pandai nak ambik gambar cantik-cantik semasa di sana.

      Bagi yang ingin merasakan pengalaman yang 'snowy' aku memang 'highly recommend' kat korang untuk bercuti di Hokkaido, Jepun. Percutian kami kali tambah menarik kerana selalunya semasa bercuti ke luar negara, kami memilih untuk 'backpacking' tetapi di Hokkaido, kami memilih 'road trip', iaitu menyewa kereta dan memandu sendiri ke arah destinasi yang dikehendaki. Banyak 'pros' dan 'cons' sebenarnya apabila memilih untuk memandu di Hokkaido apatah lagi pada musim sejuk yang sememangnya lebih mencabar! Pengembaraan kami kali ini, hanyalah melibatkan aku, kembar aku dan suaminya yang bertindak sebagai pemandu rasmi kami..jjang!



                               Gambar 1.0 gambar diambil dari tingkap kereta kami. Sejuk woii......


      Aku dan kembar memang suke 'winter trip' hatta dimana-mana negara yang mempunyai empat musim, walhal 'winter trip' ni bukan best sangat kata orang, dahla kene tahan sejuk, waktu siang pula agak pendek dan kene bawak baju sejuk bagai pulak. In my opinion, aku suke winter sebab season tu tak terdapat di negara Malaysia. Satu lagi sebab, kami ni suka tengok bende bende yang agak bosan contohnya pokok-pokok kering dengan latar belakang putih. Perasan melihat dan merasa salji tu sendiri adalah menyeronokkan bagi kite orang...hahaha. 'Everyone has their own opinion I guess'. Maka Alhamdulillah, kami telah memilih Hokkaido sebagai lokasi 'winter trip' untuk 2018. Percutian tersebut memakan masa selama 9 Hari dan 8 malam. Bajet kasar kami adalah sekitar rm6000 untuk tiga orang.



                              Gambar 2.0 sambil melayan 'scenery' di Lake Toyaku, Hokkaido.


      Panjang pulak muqaddimah blog ni. InsyaaAllah, aku akan kongsikan sedikit tips and itinerary perjalanan kami sebagai rujukan aku juga dan korang untuk masa hadapan.


      Butiran sepanjang perjalanan ini aku telah pecahkan kepada tajuk-tajuk kecil seperti di bawah supaya senang nak hadam nanti. Maafkan aku sekiranya ade terlebih atau terkurang. Terima kasih kerana meluangkan masa membaca.


1. Panduan Menyewa kereta di Hokkaido
2. Itinerary Percutian 9H8M
3. Tips berguna ketika bercuti di Hokkaido
4. Tempat-Tempat Menarik di Hokkaido




No comments:

Post a Comment