Saturday, 15 December 2018

Tips Berguna Bercuti Di Hokkaido


PANDUAN PENTING 🎺🎺🎺

-Check in flight pergi dan balik siap2 (beli makanan dan book beg siap2 jika guna Airasia)
  P/s: nak cari makanan halal kat sini tak berapa banyak dan mahal sikitla.

-Book Airbnb yang ada sediakan POKET WIFI. SANGAT MUSTAHAK sebab lebih jimat berbanding guna sim card. Kalo nak beli pon boleh. Poket wifi ni boleh dibawa ke mana-mana, of kos nak guna search mapcode utk GPS (walaupun dalam kereta da ade GPS mapcode, tapi masih juga kene search mapcode tu via google). Senang nak waze or GoogleMap kalo taknak pakai mapcode.

-Cek waktu solat siap-siap untuk rancang itinerari yang lancar (kesilapan kami terdahulu, bila tidak tahu waktu solat menyebabkan waktu siang, petang, malam terbazir dengan perkara yang sia-sia. Sungguh MENYESAL.

-Sediakan cash luar negara (contoh duit yen) yang cukup untuk tambang pergi balik ke airport. Boleh jadi tak cukup duit ( sangat bahaya) atau masalah mase nak naik flight (cth: terlebih muatan bagasi).

-Aktifkan penggunaan kad kredit luar negara (untuk kegunaan kecemasan jika cash tetibe dah habis). Sangat berguna!

-Bawak ubat-ubatan yang cukup (Panadol, minyak angin, pil gastrik, bla bla.) berguna kalau demam, atas sakit gastrik, sakit kepala dan sebagainya. Kenapa? sebab jadi masalah bila nak beli ubat kat sana...nak baca bahasa jepun pon fail. 😡

-Extension dan universal plug sangat diperlukan. Plug kat sini bentuk 2 lubang je. Memang lain terus. Kang stres takleh charge telefon bimbit/bateri kamera.

-Jangan sesekali melebihi had beg kalau naik Airasia ni, so bawak penimbang beg mudah alih tu. (kami hanya bawa hand luggage je sebab bajet guna kargo luggage nanti balik je. Make sure check in siap-siap mase nak balik.

-Guna laptop sebagai powerbank jika takde powerbank.

-Of kos buat checklist dan print semua document perjalanan termasuk dokumen penting untuk booking kereta, mapcodes ke, senarai kedai halal ke dan tempat penginapan anda. 
Jika ada masa terluang study map Hokkaido betul-betul supaya boleh rancang perjalanan dengan lancar dan elakkan membazir masa.

-Botol lipat elok juga bawa jika anda tidak selesa guna air pancuran toilet diorang tu.  Kebanyakkan toilet ada pancuran air jadi jangan risau.

-Penggunaan kasut juga penting. Elak pakai kasut high heels sebab x sesuai nk lasak-lasak pada musim sejuk. Lagi bagus yang kasut sport dan kalis air. 

-Suhu yang sangat sejuk dan kemungkinan dapat snowfall dan snowstorm sangat tinggi, oleh itu pastikan anda membawa pakaian winter gear yang lengkap supaya tidak merana dan cepat letih kerana cuaca yang ekstrim.

-sekiranya anda boleh berbahasa jepun, ia memudahkan komunikasi dengan penduduk setempat sekiranya perlu. Sangat sukar menjumpai orang jepun yang boleh berbahasa English di sana. 

Panduan Menyewa Kereta Di Hokkaido - part 2

Berikutnya, kami telah menyediakan sedikit sebanyak maklumat semasa memandu di Hokkaido.


1. KERETA SEWA  πŸš™πŸš™

Tempat sewa Kereta - World net rent a Car (New Chitose Airport)

Inilah syarikat sewa kereta yang kami book. Boleh tahan pening nak isi borang online die. Syarikat ni dapat kat TOCOO website. Ini linknya https://www2.tocoo.jp/en/Banyak la jugak kami survey blog orang tentang cara-cara nak menyewa kereta murah dan kami rasa TOCOO ni sangat okey. Booking boleh bayar guna kredit kad dan kene bayar deposit lebih kurang 15,000 yen (lebih kurang rm534). Kami pilih kereta yang termasuk sekali dengan insurance (wajib amik sebab malang tidak berbau) 🀞🏻dalam 19,120 yen ( rm709) ETC kad pula dalam 15,000 yen untuk HEP (highway express toll ) fixed price 6200 yen (ikot hari taw). Booking pakai TOCOO ataupun on the spot pon boleh.

Lepas itu, tambah pulak cas tax 8% total habis 40,320 yen (rm1435.6). Kad ETC itu memang kene sewa jika hendak guna HEP. HEP sangat jimat jika ingin buat roadtrip kerana tol kat sini sangat mahal. Macam sewa kete kat aussie, dapat kereta full tank, jadi masa return kene la bagi full tank jugak. Hehehe. Untuk bujet minyak, habis hampir rm500 untuk jangka masa 4 hari. Sekali isi, full tank. Amik ko. Tapi best sebab kat sini tak de stesen petrol layan diri. Semua pekerja stesen minyak yang tolong isikan. Hehe.

Homepage TOCOO



2. MAPCODE  πŸ—Ί

Mapcode ialah kod destinasi sesuatu tempat. Macam no. poskod daerah gitu. Mana-mana pamplet kedai akan sertakan mapcode skali, jadi hanya masukkan kod ini ke dalam system GPS andaTetapi kami cadangkan anda supaya search online siap-siap mapcode untuk setiap destinasi yang dituju, sebab syarikat kereta sewa die tidak sediakan list kod destinasi. Adelah sedikit kod yang ada kat pamplet, itupun tempat-tempat yang popular sahaja. Dulu macam pening jugak nak guna benda alah ni. Tetapi jangan risau, sistem GPS ni da ada install dalam kereta, jurusewa akan bagitahu cara untuk gunakannya. Anda hanya kene taip mapcode untuk dapatkan jarak perjalanan dan navigasi. Mula- mula, rasa teruja nak guna diorang punya sistem peranti GPS sebab poket wifi masih belum ada, TAPI lepas dapat poket WiFi, kami terus pakai google maps je. LOL πŸ˜†. Sebabnya mapcode ni is kadangkala tak berapa nak tepat jugaklah, sekadar general kod sahaja.


Add caption


3. SISTEM PARKING

Anda mungkin tidak biasa dengan sistem  parking di Hokkaido kerana sistem di sini adalah sangat mudah dan sistematik. Mula-mula sampai, kami rambang mata nak memilih tempat parking kerana boleh kata agak banyak dan juga berdekatan dari Airbnb kami. Tetapi anda kene ada duit syiling la (boleh tukar duit kertas kepada syilling di mesin penukaran syiling yang disediakan di pusat dobi). Anda kena parking dahulu kereta lepastu masukkan syilling di tempat mesin parking yang sedia ada. First time kami gagal book guna mesin parking ni kerana manual mesin parking hanya dalam Bahasa jepun. Cube juga tanya pejalan kaki tetapi kekangan Bahasa sangat menyusahkan kami. Akhirnya Berjaya juga guna selepas berusaha mencari parking yang ada manual dalam Bahasa inggeris. Selepas itu semua parking adalah senang!hanya sejam mencecah 100 yen

Panduan Menyewa Kereta Di Hokkaido- part 1


Sekiranya anda memilih untuk memandu di Hokkaido. Perkara paling penting adalah pastikan yang menjadi pemandu anda adalah seorang yang berpengalaman dan sabar. Ini kerana, memandu di atas permukaan ais adalah 10 kali ganda lagi licin berbanding memandu di atas jalan yang basah 😬.


Antara panduan penting yang kami boleh kongsi ialah:

1. Sila beli lesen memandu international dulu ye kat JPN. Bayaran adalah RM150 seorang. Cadangan lagi untuk driver tu kalau boleh nak kene ada dua orang supaya boleh shift kalau salah seorang tetibe jatuh sakit ke penat ke. Setiap destinasi jaraknya boleh tahan la jauh. Tambahan pula, memandu atas salji menyebabkan masa perjalanan menjadi dua kali ganda dari tempoh masa sepatutnya. No kidding here! yang patut sampai 2 jam jadi 4 jam sebab kene bawak slow!

2. Macam kat Australia jugak, memandu di sini, perlu mematuhi had kelajuan yang ditetapkan, sebab time salji, jalan agak licin dan merbahaya. Contohnya, hanya boleh bawak 50 km sejam je (soalan bocor ujian kereta). Yes, kene amik ujian menjawab soalan ketika nak sewa kereta kat sana. Jawab soalan taw pakai tablet yang diorang dah sediakan)

3. Perlu ade bajet khas untuk duit minyak siap-siap. Harga petrol kat sana boleh tahan mahal tapi sangat jimat minyak. Contohnya RM3/seliter. 😱. Tapi jangan risau sebab kereta kat sana banyak yang jenis hybrid dan jimat petrol.


Kereta sewa kami Toyota Hybrid jenis sedan.

HOKKAIDO ROADTRIP 2018




Alamat Airbnb: 13 chrom-2-10 Kita johigashi (Sinichi & Ran place)
Backpackers: 3 orang
Bujet: RM5000 (termasuk tiket flight, sewa kereta dan penginapan)
Tempoh percutian: 9 hari, 8 macam
Musim: sejuk (January 2018)


In the middle of nowhere

Pengalaman memandu di Hokkaido



Kami rase jika anda ingin bercuti ke Hokkaido ianya lagi syok drive sendiri. Jika anda ingin merasai pengalaman WINTER TERBAIK, kami syorkan anda meneroka musim sejuk di Hokkaido! Kerana musim sejuk di sana tersangatlah best sampai nak muntah salji. Padan sangat jika Hokkaido digelar ‘WINTER WONDERLAND’ Sangat powdery berbeza dengan musin sejuk kashmir yang ala-ala National Georgaphic dan aussie yang bergunungWinter di Hokkaido bermula bulan Disember hingga Mac, dan kami terbang ke sana  pada bulan Januari 2018. Jika ada kesempatan Anda boleh join festival musim sejuk di situ iaitu Sapporo Snow Festival yang biasanya diadakan pada bulan Februari. Kene cek jadual acara tahunan deorang la. Boleh cek di laman web rasmi diorang disini https://www.japan-guide.com/e/e5311.html.


Kami tidak sempat pergi ke festival pada tahun ini kerana festival bermula selepas tarikh kami pulang semua ke Malaysia, terlepas, kerana tidak cek calendar aktiviti. Terasa agak rugi sebab ada Igloo village dengan gloo yang menarik dibina khas di permukaan tasik beku Shikaribetsu. 

 Matahari di Hokkaido terbit pada pukul 6 pagi dan tenggelam pukul 4 petang pada musim sejuk, menyebabkan masa siang menjadi sangat pendek (sedih na nak jalan lama-lama agak terhad). Jadi , adalah sangat perlu merancang destinasi anda supaya masa siang dapat diguna sepenuhnya. Currency Jepun adalah didalam mata wang Yen. Kadar tukaran lebih kurang 100 yen bersamaan dengan rm3.60, jadi secara kasarnya kalau 1000 yen lebih kurang rm40. Digalakkan tukar mata wang anda siap-siap di pengurup wang di Malaysia. Sekarang anda boleh guna khidmat bigpay yang membolehkan anda guna kad kredit yang terus dapat convert ringgit ke yen terus!. Mudah kan?. 


Antara sebab utama wajib buat roadtrip di Hokkaido ialah:

1. Panorama yang istimewa yang boleh dinikmati hanya dengan menaiki kereta sahaja iaitu, boleh berhenti di mana-mana tempat yang kamu suka dan decide selama mana nak lepak kat situ. Flexible timelah.
2. Dalam kereta boleh tangguh-tangguh nak jalan ke, nak rehat lama-lama ke. Tidak seperti naik train yang kene kejar masa.
3. Kereta pulak selesa sebab ada pemanas. Silap-silap tidur lam kereta pastu boleh layan diri sikit sebab banyak privasi kan, tak macam dalam train yang agak public. Terpaksa bersesak-sesak.
4. Nak tempah kereta ikut bujet pon senang (buat online je) dan harga agak berpatutan. Kene tempah awal supaya harga lebih murah.
5. Dapat pengalaman drive dalam suasana salji. Agak mencabar bila ada rebut salji tetapi inilah part best die. 

Sebelum kami merancang trip, wajibla menempah tiket dulu ye sebaik-sebaiknya 6 bulan sebelum bertolak untuk dapatkan tiket murah. Ofkos la flight Airasia menjadi pilihan bila tiba promosi. Selagi tiket tidak dibeli segala mak nenek pelan tidak dapat dikedepan. Disebabkan ini kali pertama nak drive kat jalan bersalji kami terpaksa betul2 membaca panduan ketika memandu disana. Boleh search driving handbook kat google.